A new journey awaits and I know it's going to be meaningful ....
W E L C O M E to my little space of treasured moments with my L O V E L Y family , kids and my W O N D E R F U L life ......
Sunday, March 28, 2010
Weekend @ Shah Alam....
Monday, March 22, 2010
Antara Koleksi Dania.......
Ni pulak antara koleksi mainan Niea yg mama susun kat 1 bilik khas utk Niea……Actually Niea ni cepat jemu….kalau dpt mainan baru, 2, 3 hari jer dia excited nak main, pastu simpan jer dlm bilik, Cuma satu yg mama suka ngan Niea ni, kalau dah lama dia x main, 1 hari nnti kalau jumpa semula mainan tu, dia akan main lg……n one thing about Niea….Niea mmg suka ngan Buku & Alatulis……tu mmg dia x pernah jemu……1 hari kalau x pegang pensil & buku mmg x sah…..mama doa moga anak mama ni terang hati…Aminnnn……
Ni baru citer pasal koleksi Niea, belum lagi bb Danish….haaaa……tunggu bb Danish besar ckit hari lg…..skrg ni yelah kecik lg, x tau nak mintk tuu ini…..tengoklah besar ckit nnti….mmm ntahh2 lebih dari akaknyer……..Papa pulak jenis yg suka ikut jer apa Niea mntk, mesti dia belikan…….tu pasallah Niea dah terbiasa……mmmm utk koleksi bb Danish….tunggu Bb besar dulu k…….
Saturday, March 20, 2010
Hot Air Ballon Fiesta 2010 @ Putrajaya...
Ingat minggu ni nak balik S.Alam tp x jadi coz ada Hot Air Balloon Fiesta 2010 kat Putrajaya....so mama & papa pun plan nak bwk Niea & BB Danish jenjalan nengok balloon besau kat sana....on the way kat Putaraya, jalan jem giler...kiter byk sgt....nasib x g tengahari coz mak ngah kata ada time dia terbang kat udara (pagi & time we all pegi tu...lebih kurang pukul 6 lebih hingga 9 mlm)..
Wednesday, March 17, 2010
Dinner @ Adam Seafood.....
Amalan seharian waktu pagi & petang.....
...and sbb tu kita perlu minum susu yang sesuai dengan kandungan kalsium yang mencukupi. Perubahan yang kecil dalam amalan pemakanan harian kita boleh membawa perubahan yang besar kepada kesihatan tulang kita di masa hadapan.
Haaa....dats y mama pilih Anlene™ coz susu Anlene™ merupakan satu- satunya susu tepung berkalsium tinggi yang telah diuji secara klinikal. Hasil penyelidikan menunjukkan kadar kehilangan jisim tulang di kalangan wanita yang meminum susu Anlene™ adalah lebih rendah berbanding wanita yang tidak meminum susu Anlene™.
Tuesday, March 16, 2010
Rabiul Awal
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain.
Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun.
Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok. Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.
Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita. Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan. Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah....
Sunday, March 14, 2010
Long Journey....March 2010 (part II)
Dalam pukul 2 lebih, dari umah pengantin kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland melalui pintu masuk Simpang Pulai. Bila nengok signboard, mak aiii….ingat dah dekat…rupanyer lebih kurang 80 lebih km lagi untuk menuju ke Berinchang……
Di sepanjang laluan juga banyak terdapat gerai-gerai dibahu jalan yang menjual pelbagai hasil buah-buahan hutan tak lupa juga madu lebah liar. Ternyata Cameron highlands menyumbang pendapatan kepada penduduk-penduduk orang asli. Melihat kan rumah kediaman sesetengah penduduk org asli yang dibina dari pokok menkuang di lereng lereng bukit yang curam terdetik di hati mama, ternyata mereka cukup selesa dengan kehidupan mereka walaupun kita mungkin seribu kali tidak boleh hidup dengan penuh keserdehanaan yang begitu sekali.Sepanjang perjalanan mama mulaa merasai perubahan suhu dan ternyata angin yang agak dingin kian dirasai ketika kami semakin menghampiri ke destinasi kami d Brinchang..Perjalanan yang agak jauh dan melalui jalan yang berliku2 mmg memenatkan tp penat hilang bila sampai jer d Cameron yang cuacanya sejuk dan nyaman…
Sampai kat Brinchang agak lewat…pukul 4.30 baru check-in kat Rosa Passadena…..Hotel not bad at all !..Bilik pun not bad gak…..Disebabkan penat giler, papa just order makanan jer, dinner dlm bilik…..makanan kat ctu pun boleh thn gak…sedap…utk Niea, papa just order nasi n sup campur….selera betul Nie mkn mlm tu….Malam mmg sejuk giler…kalah Genting rasanya…mlm tido menggigil tuuu…
Awl pagi mama dah siapkan anak2 mama smua…….Sibuk benar Niea…yg asyik tanyer jer nak kemana…”Mama, kita nak g mana ni mama???”, “kita nak g petik buah strawberry, Nie nak tak????” n punyer excitednyer dia sampai soalan yg sama berulang2 ditanya…
Kalau sebut pasal buah yang berasal dari luar negara ni, Cameron Highlands memang x boleh dipisahkan dengannya. Di mana-mana jer ada ladang strawberi yang setia menanti kedatangan pelancong. Lepas bfast jer kami g EQ Strawbery Farm yang ada kat Brinchang n we can ‘pick-our-own strawberry’!!!mmmm…wah..wah..wah…Niea pun nak petik jugak ker…pandainyer anak mama ni……nak masuk strawberry Farm nie at least untuk ½ kg strawberry per entry, n harganyer ialah RM20.00 for ½ kg….kira agak mahal ckitlah nak compare kalau kita beli yg siap packed kat market tu….mestilahhh…coz fresh strawberry..
Lepas kuar dari strawberry Farm, kami ke pasar di KEA Farm, Jalan sesak coz waktu “Super Peak” so mmg bayk kenderaan…huhu….Kat cni mmg murah kalau nak beli sayur n strawberry n smuanyer fresh giler…Cuma masa terlalu singkat sgt….n mama pun main sambar jerlah mana yg ada…x sempat nak pk2 dah…..
Sungai Palas Tea Plantation jugk salah satu destinasi yg sangat menarik untuk dinikmati keindahan pemandangan ladang tehnya……Tak byk cuma 2 kotak tea yg papa beli coz dia sorg yg minum tea kat umah..mmm…mama mmg x minum tea langsung…..
Lepas lunch, papa decide untuk lalu simpang pulai n bukan Tpah coz ramai yg advise kalau bwk bb better ikut Simpang Pulai….even agak jauh kalau nak compare ikut Tapah tp jln nyer lebik baik n x terlalu berliku-liku mcm ular kena palu…hihi….
Dengan keadaan jln yg sesak n cuaca yg hujan renyai buat kami decide utk pulang jer……n on the way back, our last destination is Green View Garden. Mula2 papa suruh mama g nengok sorang2 apa yg ada kat ctu coz papa nak jaga bb n Niea yg dah pun lena di ulit intan…..then mama pun g lah. Bila masuk jer….mmmm menarik jugk.Mana leh jd nie…kena panggil jugk papa masuk n kebetulan bb Danish n Niea pun dah bangun…..hehe…no reason!! malas x malas papa ikut gak masuk…….
Dis place is actually a flower shop/gift shop/cafĂ© all in one.So we get to dine in very nice cooling environment surrounded by pretty flowers and all.Kalau nak tau, “Chocoberry” is their specialty. Yummy…..big strawberry coated in white and dark chocolates. Good to look at at, even nicer to eat…..nak tau how much????mmmm RM10.90 per packet of 6 strawberrys….Lama jugk kami d Green View Garden…….lepas membeli-belah n lepak2 amik gambar kat ctu baru kami gerak pulang……
Perjalanan untuk pulang ke umah pulak mkn masa selama lebih kurang 7 jam…mana taknyer….berapa kali berenti kat perhentian…n yg paling lama kami berhenti d Hentian Tapah coz kat cni agak selesa n more facilities provided. Sempat jugk mama mandikan anak2 mama smua….n both of u look fresh now……..bila dah fresh nie baru lah Niea n bb Danish selesa n nyenyak tido dlm keter…….lebih kurang kul 10.30 baru kami sampai umah….Alhamdulillah……….
Saturday, March 13, 2010
Long Journey...March 2010 (part I)
Thursday, March 11, 2010
Auntie Jem dtg Bangi.....
Tuesday, March 9, 2010
Kalau Tak Suka Pulangkan........
Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.....
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.
Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza... Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila?" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu?"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku.
Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti k ata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung.. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu?
Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya.
Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah ."
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur.. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan
kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila?" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar.. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya..
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah..
tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni...kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! "
Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"
Kisses 4 both of u.....
My Heart.....
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang. Jika kita rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.