Hujung minggu aku n si Comel menghabiskan masa di rumah Angah di Kinrara sementara hubby menguruskan kereta aku yang terpaksa dihantar ke bengkel kereta di Bangi....
Ahad malam kami balik ke kampung untuk kenduri arwah sambil menziarah nenek yang telah uzur...hiba rasanya bila nenek masih boleh menyebut nama aku setelah diberitahu yg dia satu hari tak berkata sepatah perkataanpun.....selesai kenduri kami pulang semula ke Kinrara....Kereta masih belum settle coz bengkel smua tutup...aku pulak tak terfikir hari Isnin juga Public Holiday...dah tentu kedai banyak yg tutup...Nasib baik ada juga satu bengkel di Bangi yg buka hr Isnin.....
Aku n si Comel masih di rumah Angah...Awal pagi kami bersiap utk b'fast di medan selera yg menjual pelbagai jenis asam pedas...Boleh tahan juga asam pedas di sini...boleh dtg lg....
Selesai b'fast kami ke Giant Kinrara...Apa lg, bukan main happy lagi si Comel bila kami bawa ke playland di 3rd floor Giant Kinrara.....puas jugklah dia bermain.....sambil berjalan utk pulang, kami singgah di satu stall menjual pakainan kanak2 n Angah cuba memakaikan sepasang baju n seluar yg dia berkenan utk si Comel.....Bukan main suka lg sampai kami terpaksa melayan aksinya dan terpaksa membiarkan dia memakai dua pasang baju sekali krn x mahu menanggalkan pakaian yg baru dicubanya....
Sepanjang perjalanan, tak kering gusi dibuatnya melihat telatah si Comel dgn kedua tangannya yg x lepas dari poket seluarnya....
Satu hari kereta aku di Bengkel akhirnya siap lebih kurang pukul 6.00 petang....
Selesai minum petang, baru kami gerak pulang ke Shah Alam.....
No comments:
Post a Comment